Sunday, October 20, 2013

Motivasi 1


ada dua orang sahabat:
A dan B sedang duduk membaca buku,tiba2 lalu lah seorang gadis cantik di hadapan mereka

A:aku xcantik lah macam prmpuan tu.rase rendah diri sangatT^T.

selesai sahaja si A cakap statement tersebut. tiba2 si B mengeluarkan sapu tangan bersulam yang sangat cantik dan di ajukan kepada si A. si A terpinga2 namun menyambut jua sapu tangan tersebut.

A:masyaAllah, cantik nya!..lembut pula tu macam bulu kucing *sambil di gosok2 kan ke pipi nya..ish2..xsenonoh..eh ok sambung cite*.

setelah itu, di hidu pula sapu tangan tersebut..

A:hurmm. wangi pulak tu:D. wuhahaha*saje bagi efek ketawa riang*

si B hanya memerhatikan A.

A:kenapa diam awak?

B:alhamdulillah, masih berfungsi semua pancaindera yang terletak di sudut2 wajah awak. Allah dah jadikan awak sebaik2 ciptaan sebagai manusia. janganlah dipentingkan atau direndahkan kecantikan wajah. kecantikan yang penting adalah akhlak dan iman kita. insyaAllah. jangan risau jika rasa diri tidak cantik. Allah adalah perancang yang hebat. mungkin kelebihan kita terletak di tempat lain. bersyukurlah kerana cukup sifat. fitrah manusia lah kalau ada kekurangan dan kelebihan. saya tengok awak manis orangnya. cantik akhlak dan budi bahasa. itu yang mencorakkan kecantikan pada wajah awak yang tak dapat dikalahkan dengan alat solekan tebal.

A:astagfirullahalazim. terima kasih sahabat kerana sedarkan aku:(.

B:sama2.isokai bebeh.*tibe2 ayat aku eh*

p/s:aku xtau nape aku taip mende2 ni..motivasi diri sendiri kot..ihik..k dah blurr..MP time!:D.

hasil nukilan 19/11/2012

mukhlisah mislan

Friday, October 18, 2013

Bakal





p/s:mohon derma bunga 29/10..ahaha;p

Wordless Friday: Sweet Family



okeh macam rajin sikit hari ni tajuk entry panjang. 4 patah perkataan. selalu satu sahaja. Namun ayat entry berjela-jela berperenggan-perenggan. Ini tajuk 4 patah tapi ayat CIPUT.

Saje nak update. Nampak sweet sangat family dena bahrin ni ^_^. smoga bahagia hingga ke tiang syurga dan aku punnn kalau ade rezki nak jugak macam ni. amin..

"HARI INI HARI AKHIR TASYRIK. DOA MUSTAJAB PADA HARI INI. BANYAKKAN BERDOA SEBELUM MASUK MAGRIB KAWAN-KAWAN SEKALIAN:)"

Thursday, October 17, 2013

Rungutan

Berkisar kan mengenai tajuk hari ini adalah merungut atau rungutan. Ya aku manusia biasa yang tak terlepas daripada merungut. Sama ada dalam sedar atau tidak. Aku tau aku bukanlah seorang manusia yang sifar daripada merungut. Cabaran yang paling senang sekali mendatangkan rungutan daripada kita ialah seperti 

cuaca
"haa panas nye~..hari ni panas sangat lah berpeluh rimas. tak suke panas sangat ni"
"ala hujan pulak. Punah segala urusan aku hari ni. Susah la macam ni"

Sakit
"Sakit nye kepala akuuuu!!adoiiii!macam nak pecah je..!:'("
"hurmm demam dah tiga hari. tak sembuh-sembuh."

Makanan
"eh taksedap lah makanan ni"
"taknak lah.dah jemu tiap-tiap hari makan yang sama"

Ketiadaan wang
"duit takde. banyak benda tak boleh nak sttlekan. Dengan tibe-tibe lak boleh sakit. Beli ubat tak jugak sembuh-sembuh. susahlah macam ni. eh buntu!"

Kita lupa yang Allah turunkan nikmat adil dan saksama kepada hamba-hamba Dia. oleh itu, bersangka baiklah. mungkin hujan untuk makhluk yang memerlukan atau hujan sebagai halangan kita daripada kita ditimpa musibah yang lain ke.

ya..ya..ya..ni semua kisah benar aku. hehe. eh gelak pulak. Astagfirullahalazim. Sememangnya aku tengah serabut sangat-sangat hari ini. Sampaikan aku merungut tak berhenti, sugul dan tak puas hati kenapa dan macam mana lagi ubat yang sesuai untuk sakit aku, nak dapatkan duit beli ubat macam mana?.. Sehinggakan aku lupa untuk mengingati tentang semua tu cabaran dan ujian daripada Allah. 

Aku mengadu pada sahabat-sahabat aku. Sedangkan aku tidak berapa gemar nak bercerita tentang penyakit yelah penyakitkan kifarah dosa. nak menghapuskan dosa-dosa kita. jadi aku rasa seolah-olah aku membuka aib aku sendiri dengan petah berkata-kata mengenai kesakitan yang aku alami. astaghfirullalazim. tu pada pendapat aku lah. aku lebih selesa mencari penyelesaian sendiri. bukan dengan menjaja cerita. Namun aku kalah pada nafsu hati aku.

Ya disebabkan merungut aku lupa seketika tentang ujian Allah. seolah-olah aku tka redha dengan ketentuan Allah. sepatutnya aku berfikiran dan berkelakuan matang bukan kebudak-budakan. ish3. Aku terbaca kisah yang menyentapkan sanubari aku. kisah daripada akuislan.blog. Kisah mengenai raja zalim dan raja bijaksana.

[KOPIPES]
"Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkan raja zalim itu. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja zalim itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib, walaupun belum musimnya,  ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Baginda  sangat dicintai dan disayangi  oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu telah jatuh sakit seperti raja yang zalim itu. Ternyata kesimpulan para tabib adalah sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis raja mereka akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetapi malangnya ikan itu tidak jua dapat ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”
Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!”..."
sentap jugak lah. so, kena minimum kan merungut. tingkatkan usaha.

p/s: Sedang berusaha lagi kurangkan merungut. kalau nak ter merungut je. pendam je. Jangan bagi keluar daripada mulut. Lama-lama terbiasa tak merungut. nanti hati pun lama-lama tenang tak terpengaruh nak merungut. jum sama-sama berusaha. Hidayah disekeliling kita:). carilah

Wednesday, October 16, 2013

Abaikan


mohon jasa baik abaikan soalan survey kat tepi belah kanan bawah iklan nuffnang under title tabung. hahaha. itu punya zaman budak-budak. ayat pun budak-budak sekolah lagi. tak tau macam mane nak buang..wuuwuuu..T^T

ni mende nye. Anyone can help tak?sobss. malu aish.

Usahawan

Masa-masa belum ada rezki untuk mencari kerja *disebabkan faktor mak suruh kerja di sabah, lepas kite konvo baru balik sabah.hehe*. Aku sedang cuba menceburi bidang-bidang perniagaan. wahhh serius bunyinya. Ya memang serius.(berkerut). Tapi berbanding beroleh hasil keuntungan aku lebih suka rasa kepuasan berniaga. Yelah seronok tau.:D

Aku memang dari sekolah rendah sudah di didik berniaga. Masa kecik-kecik aku berniaga pensil, pemadam, pengorek, penanda buku dan banyak lagi. Tapi alat-alat tulis je la. Mase tu aku pun tak ingat cara aku meniaga. Heh tak ugut orang beli barang okai. hahahaha. Yang penting alhmdulillah kocek baju sampai koyak. Yelah dulu kan kami ramai membawa duit syiling ke sekola sebagai wang belanja. Seringgit dulu pun masih duit syiling lagi.

ini seringgit lama bagi generasi akan datang boleh rujuk.;p
saje nak tunjuk padahal ak jual takde lah sampai seringgit.hahahaha. over i.

haaa. Lepas zaman sekolah rendah berlalu. Sekolah menengah aku bergiat kencang dalam koperasi sekolah. hyper sangat dah ayat. Zaman matrik dah sunyi dari berjual beli. Tapi ada lah jugak jadi cashier dan pembantu jual kat kedai kain. best!.hehe

Zaman universiti aku bergiat kembali. hahahaha Namun masih bertatih-tatih lagi. Aku jual mutiara. Alhamdulillah. Untunglah jugak sikit. Nanti cita-cita nak jugak design produk mutiara ternak kat sabah nanti. Buat partner dan meniaga sebagai sampingan. 

gigih tau papan semua aku buat sendiri. Lepastu merantau ke sana sini untuk menjual mutiara ini.ewah.hehe.tapi puas:)

Sekarang ni bergiat pulak jadi ejen cari pelajar untuk lesen. Ada lah jugak pendapatan sikit. 



ni lah iklan-iklan nye. pelajar UKM bangi boleh lah hubungi aku untuk perinci dan sebarang persoalan.:)

Dan terkini nak berjinak-jinak pulak dengan tunetalk

Ha mesti pernah dengar kan? ha kalau tak pernah tak pe. tak kena denda or potong markah pun. hehe joking. meh nak cerita serba sedikit mengenai tunetalk ni. kalau korang guna maxis or celcom. korang boleh redeem point untuk credit/sms/called kan? selain itu korang boleh surf internet kan? lagi? hehe. berbeza dengan tunetalk. banyak faedah boleh kita perolehi. aku terangkan dalam dua konteks

1. DIRI SENDIRI

starting modal hanya rm80 ringgit sahaja untuk membeli simcard tunetalk ni. "tapi saya ada satu fon sahaja?mana nak tukar2 simkad pulak.payah". jangan risau, kita masih boleh request untuk menggunakan kembali nombor lama kita. kalau macam aku dalam sehari dah dapat balik dah nombor lama.:). dan dalam simcard tu dibekalkan pulak rm30 credit. banyak tuu. ok seterusnya dalam point:
- point yang kita perolehi boleh digunakan untuk menebus tiket air asia *ada disenaraikan tiket dan point tertentu*, selain itu boleh juga digunakan untuk tebus handphone freee.
- jika 50 unit terjual dalam masa sebulan, insyaAllah boleh pergi tunaikan umrah.

2. DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

Ramai yang tanya ni MLM ke? tidak bukan MLM. tunetalk menggunakan medium yang paling mudah yang menjadi kegunaan ramai dan sentiasa berterusan iaitu komunikasi. yang aku tau tunetalk ade link dengan celcom dan airasia. see?dua-dua menda ni kita dah sedia maklum jadi tidak perlu takut-takut. modal rm80 je kot.hehe. yang aku nak tekankan di sini. kita jual simkad untuk setiap unit/seorang kita dapat komisen rm20. terus masuk dalam akaun kite. Then bila orang tersebut jual kepada orang lain still terdapat percent yang akan disalurkan kepada kita dan begitulah seterusnya. Itu komisen jual unit. Haa. yang menariknya apabila kita topup dan orang lain topup still kita akan dapat percent jugak dan disalurkan ke akaun kita. Jelas di sini sudahlah komisen dapat, percent dapat, point dapat jugak. Banyak keuntungan yang boleh diperolehi. Tidak rugi pun mencuba. Aku pun baru nak bertatih-tatih lagi. kot-kot bila ada rezeki boleh lah tunaikan kewajipan rukun islam yang satu iaitu pergi haji dan umrah sekali. insyaAllah. Berminat?boleh bagitau aku.eh..hehe..ok betul ni.:).

p/s: Berniaga untuk kepuasan keseronokan. Semoga Allah sentiasa mennunjukkan jalan yang mudah bagi kita semua untuk rezeki yang halal..amin:). oyansumi nasai~. assalamualaikum.





Sunday, October 13, 2013

Buntu


BUNTU
BUNTU
BUNTU
BUNTUUUU

T^T

Friday, October 11, 2013

konvo part1


semua ingat konvo atau grad best. hehe memang best pun. akan tetapi kau kena fikir lepas sahaja daripada itu, kepala akan dipenuhi macam mane nak sara diri sendiri. iaitu mencari pekerjaan. Aku tak dapat nak bergerak bebas cari pekerjaan lagi. setakat ni mampu mengushar2 melalui internet sahaja. mama aku suruh kerja di sabah. lepas konvo baru balik ke rumah! yey! dan lepas tu baru boleh cari kerja.^^. wish me gudluck:)

p/s:hurmm esok nak kena tunggu bus kat bustop. mudah-mudahan selamat daripada kena ngorat monyet2 ukm..=.="..amin


Wednesday, October 9, 2013

Isu

Hurm. Isu. Aku malas nak menaip panjang-panjang. Isu yang aku maksudkan terdiri daripada beberapa perkara. Taklah banyak mana pun.

1. Cinta

Tanamkan dalam diri dan yakin

JIKA KAU JAGA DIRI DAN MARUAH KAU SEBAIK-BAIKNYA DENGAN MENGIKUT SEGALA PERINTAH ALLAH SERTA BERUSAHA MENINGKATKAN KUALITI KE ARAH YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH, ALLAH AKAN SEDIAKAN YANG TERBAIK DAN JAGAKAN STOK-STOK SERTA JALAN CERITA YANG TERBAIK DAN INDAH BUAT KAU. 

Terutamanya hadek-hadek ye. habiskan SPM dulu. Nanti-nantilah beri cinta hati adik pada yang tidak sepatutnya. Masih tidak matang? Merasai cinta untuk mematangkan diri? Banyak lagi cara untuk mematangkan diri. Jangan terlampau ikut nafsu. Jaga lah diri sendiri sebaik-baiknya jika nak yang terbaik dan halal.

Namun jangan lupa ikhlaskan diri kerana Allah.:). Lebih berbaloi. dunia dan akhirat kau dapat tau.

2. Hidayah dan seru untuk berubah

Allah itu permurah, sentiasa turunkan segala-gala yang terbaik buat diri kita. Hidayah sering berada disekeliling kita. Dan ia datang dalam pelbagai bentuk. Jangan di abaikan. Kau yang rugi nanti. Paling menyayat hati, bila aku terbaca teguran manusia A kepada manusia C. Oleh kerana manusia C adalah orang yang dikenali dan di minati oleh manusia B, manusia A di marahi seperti contoh "sabar manusia C, awak kena kuat, jadilah diri sendiri!" pesan manusia B. walhal manusia C mencipta kesalahan terang-terangan seperti tidak menutup aurat. Tidak kisah lah teguran kasar atau baik. Ambil lah peduli kalau ianya baik untuk diri kita. Syaitan memang suka memanas kan pemikiran manusia agar tidak terikut dengan kebaikan yang datang. Nauzubillahiminzalikh. 

(49)dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahanam,"Mohonkanlah kepada Tuhanmu agar Dia meringankan azab atas kami sehari saja."

(50)maka (penjaga-penjaga Jahanam) berkata,"Apakah rasul-rasul belum datang kepadamu dengan membawa bukti-bukti yang nyata?", mereka menjawab,"Benar sudah datang."(penjaga-penjaga Jahanam) berkata,"Berdoalah kamu(sendiri!)"Namun doa orang-orang kafir itu sia-sia belaka.

[surah ke 40;ghafir;ayat 49-50]

Jangan jadi manusia yang terlambat atau melambat-lambatkan sesuatu penghijrahan ke arah kebaikan. Nauzubillahiminzalikh. Mari sama-sama berusaha.:). Sama-sama saling mengingati.


Thursday, October 3, 2013

Soalan

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Topik hari ini aku ingin berkongsi mengenai pengalaman aku. SubhanAllah sangat-sangat cantik aturan Allah bagi aku. Alhamdulillah.
Aku ingin ringkas kan topik. 

Pada masa dulu aku sering bertanya-tanya dan tertanya bila dan bagaimana harus aku menutup dan tertutup seperti wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna tanpa sebarang beban yang tergaris di wajah-wajah lembut mereka. MasyaAllah mereka sangat hebat. Lalu ak sering berdoa di dalam hati. "alangkah indahnya kalau aku jadi begitu begini". Lalu Allah datangkan ujian sekaligus teguran buat aku. ya teguran yang sangat kasar bagi seorang seperti aku yang sangat sensitif dengan kata-kata dan penulisan Namun aku sangat degil dan mengambil masa untuk menerimanya. Alhamdulillah aku dianugerahkan sahabat yang memandang dari sudut positif. terima kasih ya Allah. Teresak-esak aku menangis. Daripada tudung yang berselimpang aku turunkan menutupi dada, dari baju t-shirt aku yang ketat aku cuba baju-baju yang longgar dan begitu la seterusnya. Namun teguran itu masih belum beerhenti dan seringkali menyeksa aku. Aku mengaku aku sukar menerima nasihat walaupun berwajah lembut. Namun aku gigihkan berusaha demi menidakkan teguran-teguran yang aku terima. Alhamdulillah kini semakin baik dan masih dalam usaha. jadi marilah bersama-sama kita ubah diri kita dengan lebih baik kerana Allah. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan.

Seterusnya, aku sering sayu memandang alquran, kerana aku langsung tidak terasa di hati meskipun berulangkali aku baca, begitu juga dengan makhraj-makhraj yang aku cuba perbaiki. Namun hati aku masih lagi tidak tersentuh, Aku tidak dapat memahami dan menghayati alquran walhal aku seorang islam. Entah mengapa aku berasa sangat-sangat sayu dan terkilan pada suatu malam kerana aku seperti kehilangan arah. Aku merindui alquran. tapi alquran seperti tidak berpaling pada aku dan senyap. Tidak mahu berbicara dengan aku. Lalu ak ngadu kepada kawan aku yang baru aku kenal. Dan beliau tawarkan sesuatu yang indah yang sekaligus memberi nikmat jalinan ukhwah kepada aku. Iaitu sahabat yang selalu mengingatkan sahabat-sahabat yang lain. Dari semua segi. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bantu aku. Itu yang nyata, yang tidak nyata nikmatnya berapa banyak lah Allah beri walaupun aku rasa aku manusia yang setiap hari membina dosa..astagfirullahalazim. ya Allah. ampunilah dosaku. Kini aku rasa lega kerana alquran seperti menerima aku. Setiap soalan Allah gerakkan aku untuk menjumpai ayat yang menjawab pertanyaan aku. Sehingga perasaan indah sering bertandang sampai boleh senyum-senyum semasa membaca alquran dan maknanya..:)
Kemudianya, aku selalu gusar tentang diriku yang selalu tewas dalam mengukuhkan ukhwah antara keluarga. bertanyakan tentang khabar diri pun aku malu. Alhamdulillah. Allah beri aku pelajaran secara perlahan-lahan dengan memberi aku sahabat-sahabat yang begitu rapat dengan keluarga mereka dan begitu juga sahabat yang meskipun mempunyai masalah keluarga, mereka masih mengambil berat. sedangkan aku tidak ada sebarang masalah jadi aku harus berubah kepada yang lebih baik. Dan kini aku sudah mula berani dan lega bila dapat menzahirkan kasih sayang aku kepada keluarga aku..Alhamdulillah. walaupun tidak secara tiba-tiba perubahan itu. tapi ia nikmat yang tidak terhingga. I love you ya Allah.
Apabila hati kecil aku ingin membuat sesuatu yang aku tahu salah. Ada saja halangan yang menimpa dalam perjalanan melaksanakan tindakan itu. Lalu niat itu terpadam sekali dengan gagal melakukan tindakan tersebut. SubhanAllah. 

Terlalu banyak soalan aku yang Allah telah jawap sehingga ke hari ini. Terlalu banyak jika hendak aku tuliskan semua. Soalan aku hari ini. Apa yang harus aku lakukan dalam hidup aku. Berapa banyak masa yang aku ada? Dan aku temukan jawapan mengenai aku kini adalah generasi akhir zaman. fasa ke 4 dalam sejarah Rasullullah S.A.W. Di mana fasa tersebut sangat-sangat menakutkan. Aku menangis lagi. Mampukah aku ya Allah? dan hati aku terdetik. Aku masih hidup. Maknanya Allah beri aku peluang untuk membaiki diri menjadi khalifah bumi yang perlu berjuang untuk dunia dan akhirat dari semua segi. Dan ujian ini depan mata aku. Maknanya aku mampu kerana Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya jika hamba-hambaNya tidak mampu. MasyaAllah. 
Namun aku masih lagi gentar. Mampukah aku..apa hikmah disebalik semua ini..T^T..Masa semakin suntuk kalau kau nak tahu. 

p/s:Terlalu banyak. Ini rasa hati yang aku nak kongsi bersama. Sebab aku juga mahu menjadi seorang penyampai apa nikmat yang Allah berikan sekadar sebagai dorongan untuk kita berubah bersama-sama. insyaAllah.