Thursday, October 17, 2013

Rungutan

Berkisar kan mengenai tajuk hari ini adalah merungut atau rungutan. Ya aku manusia biasa yang tak terlepas daripada merungut. Sama ada dalam sedar atau tidak. Aku tau aku bukanlah seorang manusia yang sifar daripada merungut. Cabaran yang paling senang sekali mendatangkan rungutan daripada kita ialah seperti 

cuaca
"haa panas nye~..hari ni panas sangat lah berpeluh rimas. tak suke panas sangat ni"
"ala hujan pulak. Punah segala urusan aku hari ni. Susah la macam ni"

Sakit
"Sakit nye kepala akuuuu!!adoiiii!macam nak pecah je..!:'("
"hurmm demam dah tiga hari. tak sembuh-sembuh."

Makanan
"eh taksedap lah makanan ni"
"taknak lah.dah jemu tiap-tiap hari makan yang sama"

Ketiadaan wang
"duit takde. banyak benda tak boleh nak sttlekan. Dengan tibe-tibe lak boleh sakit. Beli ubat tak jugak sembuh-sembuh. susahlah macam ni. eh buntu!"

Kita lupa yang Allah turunkan nikmat adil dan saksama kepada hamba-hamba Dia. oleh itu, bersangka baiklah. mungkin hujan untuk makhluk yang memerlukan atau hujan sebagai halangan kita daripada kita ditimpa musibah yang lain ke.

ya..ya..ya..ni semua kisah benar aku. hehe. eh gelak pulak. Astagfirullahalazim. Sememangnya aku tengah serabut sangat-sangat hari ini. Sampaikan aku merungut tak berhenti, sugul dan tak puas hati kenapa dan macam mana lagi ubat yang sesuai untuk sakit aku, nak dapatkan duit beli ubat macam mana?.. Sehinggakan aku lupa untuk mengingati tentang semua tu cabaran dan ujian daripada Allah. 

Aku mengadu pada sahabat-sahabat aku. Sedangkan aku tidak berapa gemar nak bercerita tentang penyakit yelah penyakitkan kifarah dosa. nak menghapuskan dosa-dosa kita. jadi aku rasa seolah-olah aku membuka aib aku sendiri dengan petah berkata-kata mengenai kesakitan yang aku alami. astaghfirullalazim. tu pada pendapat aku lah. aku lebih selesa mencari penyelesaian sendiri. bukan dengan menjaja cerita. Namun aku kalah pada nafsu hati aku.

Ya disebabkan merungut aku lupa seketika tentang ujian Allah. seolah-olah aku tka redha dengan ketentuan Allah. sepatutnya aku berfikiran dan berkelakuan matang bukan kebudak-budakan. ish3. Aku terbaca kisah yang menyentapkan sanubari aku. kisah daripada akuislan.blog. Kisah mengenai raja zalim dan raja bijaksana.

[KOPIPES]
"Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkan raja zalim itu. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja zalim itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.

Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib, walaupun belum musimnya,  ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Baginda  sangat dicintai dan disayangi  oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu telah jatuh sakit seperti raja yang zalim itu. Ternyata kesimpulan para tabib adalah sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang pada saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis raja mereka akan segera pulih kembali.
Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetapi malangnya ikan itu tidak jua dapat ditemui. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.
Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”
Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!
Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!”..."
sentap jugak lah. so, kena minimum kan merungut. tingkatkan usaha.

p/s: Sedang berusaha lagi kurangkan merungut. kalau nak ter merungut je. pendam je. Jangan bagi keluar daripada mulut. Lama-lama terbiasa tak merungut. nanti hati pun lama-lama tenang tak terpengaruh nak merungut. jum sama-sama berusaha. Hidayah disekeliling kita:). carilah

No comments: