Thursday, October 3, 2013

Soalan

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Topik hari ini aku ingin berkongsi mengenai pengalaman aku. SubhanAllah sangat-sangat cantik aturan Allah bagi aku. Alhamdulillah.
Aku ingin ringkas kan topik. 

Pada masa dulu aku sering bertanya-tanya dan tertanya bila dan bagaimana harus aku menutup dan tertutup seperti wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna tanpa sebarang beban yang tergaris di wajah-wajah lembut mereka. MasyaAllah mereka sangat hebat. Lalu ak sering berdoa di dalam hati. "alangkah indahnya kalau aku jadi begitu begini". Lalu Allah datangkan ujian sekaligus teguran buat aku. ya teguran yang sangat kasar bagi seorang seperti aku yang sangat sensitif dengan kata-kata dan penulisan Namun aku sangat degil dan mengambil masa untuk menerimanya. Alhamdulillah aku dianugerahkan sahabat yang memandang dari sudut positif. terima kasih ya Allah. Teresak-esak aku menangis. Daripada tudung yang berselimpang aku turunkan menutupi dada, dari baju t-shirt aku yang ketat aku cuba baju-baju yang longgar dan begitu la seterusnya. Namun teguran itu masih belum beerhenti dan seringkali menyeksa aku. Aku mengaku aku sukar menerima nasihat walaupun berwajah lembut. Namun aku gigihkan berusaha demi menidakkan teguran-teguran yang aku terima. Alhamdulillah kini semakin baik dan masih dalam usaha. jadi marilah bersama-sama kita ubah diri kita dengan lebih baik kerana Allah. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan.

Seterusnya, aku sering sayu memandang alquran, kerana aku langsung tidak terasa di hati meskipun berulangkali aku baca, begitu juga dengan makhraj-makhraj yang aku cuba perbaiki. Namun hati aku masih lagi tidak tersentuh, Aku tidak dapat memahami dan menghayati alquran walhal aku seorang islam. Entah mengapa aku berasa sangat-sangat sayu dan terkilan pada suatu malam kerana aku seperti kehilangan arah. Aku merindui alquran. tapi alquran seperti tidak berpaling pada aku dan senyap. Tidak mahu berbicara dengan aku. Lalu ak ngadu kepada kawan aku yang baru aku kenal. Dan beliau tawarkan sesuatu yang indah yang sekaligus memberi nikmat jalinan ukhwah kepada aku. Iaitu sahabat yang selalu mengingatkan sahabat-sahabat yang lain. Dari semua segi. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bantu aku. Itu yang nyata, yang tidak nyata nikmatnya berapa banyak lah Allah beri walaupun aku rasa aku manusia yang setiap hari membina dosa..astagfirullahalazim. ya Allah. ampunilah dosaku. Kini aku rasa lega kerana alquran seperti menerima aku. Setiap soalan Allah gerakkan aku untuk menjumpai ayat yang menjawab pertanyaan aku. Sehingga perasaan indah sering bertandang sampai boleh senyum-senyum semasa membaca alquran dan maknanya..:)
Kemudianya, aku selalu gusar tentang diriku yang selalu tewas dalam mengukuhkan ukhwah antara keluarga. bertanyakan tentang khabar diri pun aku malu. Alhamdulillah. Allah beri aku pelajaran secara perlahan-lahan dengan memberi aku sahabat-sahabat yang begitu rapat dengan keluarga mereka dan begitu juga sahabat yang meskipun mempunyai masalah keluarga, mereka masih mengambil berat. sedangkan aku tidak ada sebarang masalah jadi aku harus berubah kepada yang lebih baik. Dan kini aku sudah mula berani dan lega bila dapat menzahirkan kasih sayang aku kepada keluarga aku..Alhamdulillah. walaupun tidak secara tiba-tiba perubahan itu. tapi ia nikmat yang tidak terhingga. I love you ya Allah.
Apabila hati kecil aku ingin membuat sesuatu yang aku tahu salah. Ada saja halangan yang menimpa dalam perjalanan melaksanakan tindakan itu. Lalu niat itu terpadam sekali dengan gagal melakukan tindakan tersebut. SubhanAllah. 

Terlalu banyak soalan aku yang Allah telah jawap sehingga ke hari ini. Terlalu banyak jika hendak aku tuliskan semua. Soalan aku hari ini. Apa yang harus aku lakukan dalam hidup aku. Berapa banyak masa yang aku ada? Dan aku temukan jawapan mengenai aku kini adalah generasi akhir zaman. fasa ke 4 dalam sejarah Rasullullah S.A.W. Di mana fasa tersebut sangat-sangat menakutkan. Aku menangis lagi. Mampukah aku ya Allah? dan hati aku terdetik. Aku masih hidup. Maknanya Allah beri aku peluang untuk membaiki diri menjadi khalifah bumi yang perlu berjuang untuk dunia dan akhirat dari semua segi. Dan ujian ini depan mata aku. Maknanya aku mampu kerana Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNya jika hamba-hambaNya tidak mampu. MasyaAllah. 
Namun aku masih lagi gentar. Mampukah aku..apa hikmah disebalik semua ini..T^T..Masa semakin suntuk kalau kau nak tahu. 

p/s:Terlalu banyak. Ini rasa hati yang aku nak kongsi bersama. Sebab aku juga mahu menjadi seorang penyampai apa nikmat yang Allah berikan sekadar sebagai dorongan untuk kita berubah bersama-sama. insyaAllah.

No comments: