Wednesday, October 9, 2013

Isu

Hurm. Isu. Aku malas nak menaip panjang-panjang. Isu yang aku maksudkan terdiri daripada beberapa perkara. Taklah banyak mana pun.

1. Cinta

Tanamkan dalam diri dan yakin

JIKA KAU JAGA DIRI DAN MARUAH KAU SEBAIK-BAIKNYA DENGAN MENGIKUT SEGALA PERINTAH ALLAH SERTA BERUSAHA MENINGKATKAN KUALITI KE ARAH YANG LEBIH BAIK, INSYAALLAH, ALLAH AKAN SEDIAKAN YANG TERBAIK DAN JAGAKAN STOK-STOK SERTA JALAN CERITA YANG TERBAIK DAN INDAH BUAT KAU. 

Terutamanya hadek-hadek ye. habiskan SPM dulu. Nanti-nantilah beri cinta hati adik pada yang tidak sepatutnya. Masih tidak matang? Merasai cinta untuk mematangkan diri? Banyak lagi cara untuk mematangkan diri. Jangan terlampau ikut nafsu. Jaga lah diri sendiri sebaik-baiknya jika nak yang terbaik dan halal.

Namun jangan lupa ikhlaskan diri kerana Allah.:). Lebih berbaloi. dunia dan akhirat kau dapat tau.

2. Hidayah dan seru untuk berubah

Allah itu permurah, sentiasa turunkan segala-gala yang terbaik buat diri kita. Hidayah sering berada disekeliling kita. Dan ia datang dalam pelbagai bentuk. Jangan di abaikan. Kau yang rugi nanti. Paling menyayat hati, bila aku terbaca teguran manusia A kepada manusia C. Oleh kerana manusia C adalah orang yang dikenali dan di minati oleh manusia B, manusia A di marahi seperti contoh "sabar manusia C, awak kena kuat, jadilah diri sendiri!" pesan manusia B. walhal manusia C mencipta kesalahan terang-terangan seperti tidak menutup aurat. Tidak kisah lah teguran kasar atau baik. Ambil lah peduli kalau ianya baik untuk diri kita. Syaitan memang suka memanas kan pemikiran manusia agar tidak terikut dengan kebaikan yang datang. Nauzubillahiminzalikh. 

(49)dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahanam,"Mohonkanlah kepada Tuhanmu agar Dia meringankan azab atas kami sehari saja."

(50)maka (penjaga-penjaga Jahanam) berkata,"Apakah rasul-rasul belum datang kepadamu dengan membawa bukti-bukti yang nyata?", mereka menjawab,"Benar sudah datang."(penjaga-penjaga Jahanam) berkata,"Berdoalah kamu(sendiri!)"Namun doa orang-orang kafir itu sia-sia belaka.

[surah ke 40;ghafir;ayat 49-50]

Jangan jadi manusia yang terlambat atau melambat-lambatkan sesuatu penghijrahan ke arah kebaikan. Nauzubillahiminzalikh. Mari sama-sama berusaha.:). Sama-sama saling mengingati.


No comments: