Wednesday, October 16, 2013

Usahawan

Masa-masa belum ada rezki untuk mencari kerja *disebabkan faktor mak suruh kerja di sabah, lepas kite konvo baru balik sabah.hehe*. Aku sedang cuba menceburi bidang-bidang perniagaan. wahhh serius bunyinya. Ya memang serius.(berkerut). Tapi berbanding beroleh hasil keuntungan aku lebih suka rasa kepuasan berniaga. Yelah seronok tau.:D

Aku memang dari sekolah rendah sudah di didik berniaga. Masa kecik-kecik aku berniaga pensil, pemadam, pengorek, penanda buku dan banyak lagi. Tapi alat-alat tulis je la. Mase tu aku pun tak ingat cara aku meniaga. Heh tak ugut orang beli barang okai. hahahaha. Yang penting alhmdulillah kocek baju sampai koyak. Yelah dulu kan kami ramai membawa duit syiling ke sekola sebagai wang belanja. Seringgit dulu pun masih duit syiling lagi.

ini seringgit lama bagi generasi akan datang boleh rujuk.;p
saje nak tunjuk padahal ak jual takde lah sampai seringgit.hahahaha. over i.

haaa. Lepas zaman sekolah rendah berlalu. Sekolah menengah aku bergiat kencang dalam koperasi sekolah. hyper sangat dah ayat. Zaman matrik dah sunyi dari berjual beli. Tapi ada lah jugak jadi cashier dan pembantu jual kat kedai kain. best!.hehe

Zaman universiti aku bergiat kembali. hahahaha Namun masih bertatih-tatih lagi. Aku jual mutiara. Alhamdulillah. Untunglah jugak sikit. Nanti cita-cita nak jugak design produk mutiara ternak kat sabah nanti. Buat partner dan meniaga sebagai sampingan. 

gigih tau papan semua aku buat sendiri. Lepastu merantau ke sana sini untuk menjual mutiara ini.ewah.hehe.tapi puas:)

Sekarang ni bergiat pulak jadi ejen cari pelajar untuk lesen. Ada lah jugak pendapatan sikit. 



ni lah iklan-iklan nye. pelajar UKM bangi boleh lah hubungi aku untuk perinci dan sebarang persoalan.:)

Dan terkini nak berjinak-jinak pulak dengan tunetalk

Ha mesti pernah dengar kan? ha kalau tak pernah tak pe. tak kena denda or potong markah pun. hehe joking. meh nak cerita serba sedikit mengenai tunetalk ni. kalau korang guna maxis or celcom. korang boleh redeem point untuk credit/sms/called kan? selain itu korang boleh surf internet kan? lagi? hehe. berbeza dengan tunetalk. banyak faedah boleh kita perolehi. aku terangkan dalam dua konteks

1. DIRI SENDIRI

starting modal hanya rm80 ringgit sahaja untuk membeli simcard tunetalk ni. "tapi saya ada satu fon sahaja?mana nak tukar2 simkad pulak.payah". jangan risau, kita masih boleh request untuk menggunakan kembali nombor lama kita. kalau macam aku dalam sehari dah dapat balik dah nombor lama.:). dan dalam simcard tu dibekalkan pulak rm30 credit. banyak tuu. ok seterusnya dalam point:
- point yang kita perolehi boleh digunakan untuk menebus tiket air asia *ada disenaraikan tiket dan point tertentu*, selain itu boleh juga digunakan untuk tebus handphone freee.
- jika 50 unit terjual dalam masa sebulan, insyaAllah boleh pergi tunaikan umrah.

2. DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN

Ramai yang tanya ni MLM ke? tidak bukan MLM. tunetalk menggunakan medium yang paling mudah yang menjadi kegunaan ramai dan sentiasa berterusan iaitu komunikasi. yang aku tau tunetalk ade link dengan celcom dan airasia. see?dua-dua menda ni kita dah sedia maklum jadi tidak perlu takut-takut. modal rm80 je kot.hehe. yang aku nak tekankan di sini. kita jual simkad untuk setiap unit/seorang kita dapat komisen rm20. terus masuk dalam akaun kite. Then bila orang tersebut jual kepada orang lain still terdapat percent yang akan disalurkan kepada kita dan begitulah seterusnya. Itu komisen jual unit. Haa. yang menariknya apabila kita topup dan orang lain topup still kita akan dapat percent jugak dan disalurkan ke akaun kita. Jelas di sini sudahlah komisen dapat, percent dapat, point dapat jugak. Banyak keuntungan yang boleh diperolehi. Tidak rugi pun mencuba. Aku pun baru nak bertatih-tatih lagi. kot-kot bila ada rezeki boleh lah tunaikan kewajipan rukun islam yang satu iaitu pergi haji dan umrah sekali. insyaAllah. Berminat?boleh bagitau aku.eh..hehe..ok betul ni.:).

p/s: Berniaga untuk kepuasan keseronokan. Semoga Allah sentiasa mennunjukkan jalan yang mudah bagi kita semua untuk rezeki yang halal..amin:). oyansumi nasai~. assalamualaikum.





No comments: