Monday, September 23, 2013

Tiada yang sia-sia


bismillahirrohmanirrohim..hidayah tu datang pelbagai cara..xkisah lah ianya satu tamparan buat diri kita atau ia datang secara lembut. tapi hati kita serta minda akan tergerak atau tersentuh. ambillah yang baik dan mendatangkan kebaikan diri kita didunia dan akhirat. jangan di abaikan begitu sahaja. Allah berikan akal fikiran untuk berfikir. jangan tumpulkan pemikiran anda. yes aku penah dinasihatkan secara kasar. memang susah nak terima tapi bila fikir balik.. siapa yang ciptakan manusia?siapa yang aturkan segala caturan hidup perlakuan manusia.?jadi mungkin ini atau itu teguran daripada Allah. hati aku susah nak terima tapi akal aku membantah bantahan hati. alhamdulillah lama2 aku boleh terima dan bersyukur Allah memberikan jalan untuk aku. hikmah disebalik kekasaran itu adalah aku jenis lebih mengingati sesuatu yang mengasari aku. jadi insyaAllah itu akan menjadi peringatan kukuh bagi aku. jadi jangan abaikan sesuatu yang datang kepada kita. fikirkan lah. ambil lah kebaikan buangkan keburukan dan jangan menekankan keburukan sebelah pihak yang lain. itu hanya membuang masa dan menambah dosa serta kekerasan hati kita. mari lah sama2 berusaha ke arah yang lebih baik:)..insyaAllah.

p/s:Allah tidak akan jadikan sesuatu dengan sia-sia.

No comments: