Monday, March 25, 2013

hiking-hiking!


weeehuuu. makcik sangat stress dengan keadaan makcik yang sering kali membuang masa ketika di bilik. walhal tesis belum lagi menyiapkan dirinye sendiri. owh makcik sangat is so sad.hape-hape lah pun. bismillahirrohmanirrohim mudah-mudahan perjalanan menaip cerita ni jauh daripada sifat2 riak dan mazmumah yang lain amin. haa lame dah aku tidak menaip untuk kongsi pengalaman.

ini kisah pengembaraan aku yang baru berjinak-jinak dengan hobi baru. welcome hobi baru. ehew. haruslah kisah hobi baru ini bermula dengan tagline "dop kenal makonyo dop cinto" ye dak?hobi baru aku hiking. why? because its fun.:).lagipun time mendaki tu bersusah-susah, bila sampai di puncak subhanAllah best woh. (peribahasa:bersusah-susah dahulu bersenang kemudian)

mula-mula aku tengok hiking ni macam orang-orang yang dah takde keje kot? yeke? jadi aku pun macam nak mencabar diri sendiri lah. aku ambik kesempatan mase pergi fieldwork kat freaser hills. masa tu dr dan prof tanya "ade dua trek satu susah satu senang tapi satu persamaan iaitu pacat". aku beriya lah angkat kaki dan menyerahkan diri untuk mendaki ke puncak sambil kutip-kutip sampel kulat ni ha. 

entri mungkin sedikit berat sebab aku masukkan gambar ye




ini lah antara kulat yang bertuah ke peringkat final ecececehh. hehe gamak kecik sungguh mereka tu belum yang da penyek-penyek kena pijak manusia-manusia yang terlibat. oh ye aku ade jumpe kulat warna pink bagi peminat pink sila gembira namun tidak lah pasti boleh dimakan mahupun ditonyoh ke muka serta di komersialkan seperti kolagen tahu?

seterusnya aku kusyuk men snap-snap picture untuk sampel bagai sampai lupe nak ambik gambar sendiri untuk tunjuk kat cucu. jalan punye jalan eh?


dah sampai alhamdulillah. banyak lagi gambar tapi nak tepek malas. aku ade camera tapi jadi parasit dalam camera orang lain. ahah haruslah.;p

ok rentetan kegamunan ahhh typo kekaguman aku yang sebelum ni serius makayah tak bagi aku untuk melakukan aktiviti seperti ini (atas kesihatan diri yang upside down town girl westlife;p), atau nama lain nya jakun pada tahap tertinggi. maka aku pun  segera sauk diari aku dan menulis "hobi baru ittew nak hiking taw".gedik sungguh diri ini. aku pun menawarkan diri untuk aktiviti hiking.

next episode aku join trip kakak-kakak yang macho serta hensem. dengar cerita mereka member dari zaman persekolahan dan masing-masing sudah memasterkan diri dan mengerjakan diri mereka. oleh sebab kerinduan masa cuti mid semester mereka pun merancang untuk mendaki di sungai chilling. sungai chilling ni sebelah dengan freaser hills. peta cari sendiri. dalam kelas gegrafi aku tido dan aku suke menerangkan sesuatu yang diluar jangkaan sampai sukar difahami bebelan aku. menakutkan kan? tak eh. ok foine......

sungai chilling ni memang best.owh kejap nose strip aku dah keras nak cabut jap.

ehe..tempat ni banyak cross-river. masa kami pergi sini musim hujan. memang air sungai naik. memandangkan aku ni sangat tinggi haruslah aku minum air setiap kali men cross riverkan diri aku ni. aku spesis manusia yang takut air sungai dan air terjun. bukan takut mandi sayang. ops. sila jangan berdebar. aku masa kecik-kecik pernah dihanyutkan air sungai dan nak jatuh dari air terjun. ingat aku seronok?hahaha sampai sekarang fobia air terjun dan ketinggian. alhamdulillah arwah pakcik aku selamatkan aku.

namun kefobiaan haruslah ditangani aku nak rumah 4 tingkat ha hover mak ngah.hahaha. 

 gagah menunjukkan peace selepas minum air sungai.aha
 alhamdulillah sampai ke puncak air terjun. maaf orang-orang dibawah. ;p
 menunjukkan sifat-sifat kasih sayang antara manusia dan ikan.
 ok dah nak balik
 geng mendaki. yang berpayung dan bapak,mak anak-anak tu family yang banyak membantu group kami yang terdiri daripada perempuan tinggi lampai + kembung perut minum air mase cross-river.
 persahabatan yang menggelikan, malas nak rotate pic hahaha.
 singgah ke freaser hills dan sila gelakkan selipar bee aku.
paksa kakak-kakak mengambil gambar yang kononnye kendit.;p

ok lah seterusnya aku naik gunung nuang.

haa sangat serius untuk ini. nuang adalah junior yang 10x low level berbanding gunung tahan. naum ahh typo lagi namun bagi aku semput di suku jalan memang lah wajib. oleh itu, nak naik yang mencabar atau x mencabar betulkan niat nak naik, tingkatkan stamina, pastikan peralatan mendaki macam pisau, makanan seperti coklat yang di suggest oleh pakcik berusia 60tahun yang dah naik nuang 17 kali siap ley main lelari lagi kat trek nuang tu, air manis untuk energy, torchlight, tali ape2 lah yang penting. kalau pergi berkumpulan anda digalakkan ade bekalan sendiri untuk darurat kalau sesat. sebab monyet pun tak nak share pisang dengan korang. ehehe.

aku tak berpengalaman sangat just share yang aku tau je lah. trek nuang memang mencabar, pacat tak payah lah cakap. aku pakai baju n seluar berlapis bagi mengelirukan pacat. dan kasut aku prefer yang gelap-gelap. nanti kotor sape susah?haha beriya ingat untuk elak pacat;p. pakai lah kasut bergetah atau yang hiking punye. kalau sport shoe kompem dan kompiden rosak.

perjalanan dari UKM hampir 1 jam, then naik ke kaki bukit 4 jam ke 3 jam kalau jalan kaki, nak naik kereta kena gune jip beli la sendiri;p. naik ke campsite ambil mase 30 minit. untuk sampai ke puncak pulak:dari campsite ke kem pacat 2jam, dari kem pacat ke kem pengasih aku tak ingat tapi sampai ke puncak dari kem pacat lebih kurang 2jam kira 4 jam daki lah. turun laju dah 3 jam je.

spot the difference..haha aku salah letak gambar pastu malas kemain nak susun. satu badan lecun hujan lebat mase nak sampai puncak dan nak turun. tapi best.hehe

selepas
sebelum 

ni geng dak UKM yang pergi. yang lain budak UPM dan guider kami. ha yang nuang tak banyak gambar perjalanan, kami tak sempat nak bergambar sebab fokus nak naik. masing-masing muke ketat. naik laju je. mase nak turun yang part 90 degree angle dy punye wall menyebabkan aku jadi patung keras kat akar kayu tempat berpaut. mama ct gayattt! aku lupe aku gayat. pucat lesi dan kantoi serta hilang kemachoan aku. sobss-sobss. thanks Allah kerana kurniakan guider yang membantu aku untuk menghadapi situasi ceni.

alhamdulillah tiada ape-ape yang buruk berlaku. hanya kasut hanis yang tercabut. hehe;p. ha ade budak hilang masa kami turun. tak pasti jumpa ke tak budaknya. mintak-mintak jumpe amin.baik je budak tu. sebab jumpa kat puncak.

 kem pacat
 puncak nuanggg:DDD
 walaupun gayat mesti mahu untuk bergambar. cucu ini nenek kamuuu;p
 :D
nuang best setakat ni:)

seminggu jadi robot sebab satu badan sakit. lagi-lagi kaki. rasa bersyukur dengan kaki.sobss2. ingat sentiasa dan bersyukur dengan nikmat Allah jangan sakit or kena tarik baru nak ingat Allah. nauzubillahiminzalikh.

ok lah panjang sangat entry. sape bace hingga habis memang tabah lah.hahaha

p/s:demi hilangkan gayat aku pergi lenjan naik mende-mende tinggi kat times square. tapi nangis mase naik roller coaster dan menggigil.hahaha tapi tak pe usaha lagi next time.insyaAllah. maaf jika ada kesilapan dan kesalahan sepanjang entry ini.^^. next episode tuk hiking adalah gunung tahan. broga tak lagi..ishk3

2 comments:

The Uppercase Q said...

oh mmg siti takut acrophobic eh? yet u manage to climb mount nuang..pergh! respek!

Mukhlisah said...

yap..hahaha..alhamdulillah..rugi la kalau xsampai wooh..cabar diri anda:D