Saturday, January 19, 2013

It was me..in final year :)

 
 
Ini entry matang dari aku. ewah. gurau je.
haa..lama sungguh aku tak menulis, rasa macam bengkok. eh kekok pule ye. actually, i m very2 the busy and busy very2 with me.;p. Aku dah final year. Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke final year. mintak sahabat-sahabat mendoakan keberjayaan aku dengan cemerlang tanpa ragu-ragu kerana Allah dan kaum kerabat ye. InsyaAllah amin. Sejak-sejak aku menghadapi final year ni banyak simptom-simptom yang akan aku ketengahkan dalam entry ini. Memang banyak lah nak cerita, tapi aku simpan dalam memori yang Allah bagi pada aku ni. hahaha. Then aku tapis. Kesimpulannya hanya 10/100 akan aku keluarkan.
*cakap je lah ko malas nak taip mukhlisah oi!*

ok foine.. aku malas nak menaip..kiki

Ah macam biasa aku rasa simptom-simptom ni semua orang akan alami. Tak kira peringkat usia, jawatan apa pun, eh dah bakpenye aku kaitkan dengan ini semuaaa!!?*hentak lappy roomate*. Okai, final year biasanya akan dikaitkan dengan thesis bla2~~~ dan sebagainya..kawin pun..OK DIAM.

Dahlah aku tak reti nak berbunga-bunga sangat. Kalau nampak aku berbunga-bunga sila ambil pasu campak dari tingkat 4 direct ke arah aku. hehe. Aku perasan aku ada perubahan sejak menjak ni. TIDAK. tiada kaitan dengan perubahan ketinggian. Ketinggian aku masih sama. Antara perubahan dan simptom yang aku alami adalah:

1. MALAS NAK TEXT.
hahaha. Yang pertama ni aku rasa aku je kot jakun. Seriously, kemalasan meningkat untuk menaip mesej. Jadi sesiapa jangan lah berkecil hati dengan kemalasan aku. Ikut mood lah. Kalau rajin panjang sikit macam ni "okai", kalau sederhana macam ni "oky"..kalau kemalasan tahan pertama begini "ok", dan tahap malas sungguh "mesej tidak dibalas". kiranya aku angguk sendiri je lah kalau aku setuju tanpa diketahui. keh2. Tapi tak de lah sampai tak balas langsung. kalau malas menaip aku call lah. betoi dop? ehee. Aku pun tak tahu lah kenapa. Adakah ini salah satu simptom matang??woahhh..XD
2. KURANG SIKAP-SIKAP MEREPEK
Pasal merepek merapu meraban memang aku sangat-sangat hyper. Sampai kan kawan aku kena hentak kepala aku dengan helmet selama 50 das baru aku diam. Sekarang, aku sendiri kompius. adakah aku pemberita? kerana seringkali mengunkapkan kata-kata dewasa. hahaha. takdelah. Aku memang kuat merepak ha salah taip malas padam. Kuat sangat merepek, sampai aku sendiri menyesal. Alhamdulillah sekarang aku merepek dengan beberapa ketul manusia yang aku rasa aku selesa jek la. Kalau dulu aku di kategorikan sebagai minah senget kuat merepek. k delete memori kampung pisang yang lama ittew.
3. TAHAP KESERIUSAN MENINGGI
Aku lebih serius. yah seriussss. thats all.;p. Haruslah wey, takkan buat kerja-kerja taknak serius. tapi tak de lah sampai tak boleh sengih macam kerang eh kerang tak best, sengih macam ni.
 sampai kejang pun its ok. Tiadalah mengapa-mengapanye pun adoi.;p

4. LEBIH BERANI;p

Macam mane? cool tak yang ke empat ni? Aku lebih berani terhadap _kenot_tell_u_about_diz_one_he_he_he_he.
Selain itu, aku nak cerita yang final year aku sangat-sangat-sangat bizi! sobss2, sangat banyak kelas, terumbang-ambing dengan lab pelajaran dan lab tesis, dan banyak juge eseimen. do you know why i iz sad? tak de lah sad sangat pun. haha. seriusly, 1st and 2nd year aku tak sesibuk final year. masa aku darah muda dulu...eh masa 1st year dulu ramai senior mengatakan "3rd year nanti korang sikit je kelas, tapi bizi dengan tesis je laaa". Namun aku kuburkan kata-kata hikmah senior tersebut. ahaaa. Hanya satu perkataan boleh terjemah "SIBUK". Namun aku sering online di fesbuk kerana menonton gambar-gambar kucing, sambil membuat kerja sekolah aku. ow yeahhh. hahahaha.online chat, nampak lecturer online. segera offline.;p ittew tatottt..ahak.
Tapi best lah, takde lah sampai stress mane. korang semua mesti pernah alami kemanisan selepas kepahitan kan? sangat indah dan bahagia....*mata berkaca-kaca*. Korang perasan  tak aku tulis penuh kebanyakan perkataan? ha ini yang dikatakan pengaruh tesis sebaya.hahaha. ye. tak.kelakar.pun.

okai lah makcik dah malas menaip. Ini pun alhamdulillah baru habis final. Makcik esok nak flight balik rumah makcik. kiki. Ok assalamualaikum. tidak ada yang best pun pasal makcik.

yang tudung purple tu Dr. Nazlina. nama glemer dr. naz. hehe. ni first meeting dengan senior-senior kitorang. sangat cuak ingat kena bagi report pasal perancangan tesis masa awal-awal sebab aku tak siap lagi.keh3. ok.
dari kiri: Din, abang Mat, abang Q, mintak maaf lupa nama, Kak siti, abang Ainul, Kak Mar, Kak Diba, Lau, 
aku, Kak Ema, Dr. Naz, Kak Ain, Sapiah rota, Meikei 

p/s:lainkali makcik ceghita pasal kosmet-kosmet makcik yeah <3. sorry lah entry entah apa-apa. ehew. oh ya, entry lama-lama aku simpan dalam draft.;p. entry kanak-kanak rebina baru nak tumbuh gigi. hehe


No comments: